sebenarnyerla,aku sangat2 la xsetuju tentang banyak sangat artikel yang orang tulis tentang masalah perempuan yang bertudung tapi x menutup aurat dengan sempurna, tambah2 lagi yang menulis artikel camtuh diwarnai lagi dengan gambar2 perempuan2 malang nih,yang gambar diorang diambil dlm keadaan yang kurang sopan dan menyenangkan..dan kalau perasan la,artikel2 camnih,yang menulisnyer bnyak lelaki.menasihat dan sayangkan kaun perempuan kononnya :P
aku pon mungkin bukan dalam golongn orang yang masih sempurna dlm menjalankan tanggungjawab muslimah,yer kadang2 tudung tersingkat,baju pon kadangkala terketat n menyinsing lengan adalah terbiasa,itu aku akui,salah sendiri..mak dah bnyk kali tegur,tapi degil!Tapi siapa je yang x mahu berubah menjadi lebih baik, so untuk itu,doakan aku.. :) sedang berusaha insyaAllah.macam dia nih :P
so berbalik pada artikel2 tadi,rata-rata yang menulis, banyak mempersoalkan dan meng"highlight"kan kesilapan perempuan2 ini. dan ade jugak yang lagi senang, tulis ayat yang lebih kurang bunyiknyer cenggini "lebih baik x pakai tudung,kalau pakai tapi ketat,terbukak sana sini"
pleaselah,niat anda memang baik untuk mengingatkan perempuan, terima kasih untuk itu,tapi tolonglah nak berdakwah dan menegur ada adab dan caranya..pertamanya xperlulah diaibkan lagi orang2 yang tersalah dalam pemakaiannya-terutamanya di blog2 mungkin dia bukan sesiapa pada anda,tapi kalau terjadi pada yang terdekat dgn anda macammana? mungkin la lelaki nih serba salah untuk menegur klo ternampak aurat2 yang terbuka nih,well sensitif kan..tapi apa salahnya,dari membiarkan orang2 yang xbertanggungjawab mengambil gambar(dan menyiarkan, lalu anda turut membantu mempopularkan-tulis blogpost,artikel di fb) dan perempuan itu sendiri terus berdosa-mintak lah tolong sesiapa pon,perempuan mana2 pon,menegur bagi pihak anda..tegur baik2-orang x marah selalunya...anda menyelamatkan dia,dan Allah lebih tahu balasannya.
keduanya-dah mmg hakikat perempuan,suka untuk nampak cantik dan berhias..dan selalu perempuan nih jadi mangsa dan hamba pada kecantikan itu..dan salah satu ujian yang paling besar untuk perempuan oleh Allah ialah untuk menyembunyikan kecantikan dan mempamerkan pada yang hak. bercakap memang senang,"dah Allah suh tutup,tutup jela" yer memang benar,siapa kita untuk mempersoalkan perintahNya. tapi cuba la kalau lelaki nih Allah perintah walaupon sehari,untuk tutup semuanye kecuali 2 tapak tangan dan muka,pasti ker semua boleh ikut? bagilah orang masa dan paling penting peluang.peluang untuk orang berubah,bukan senang2 menunding seolah2 menghukum.
dan siapa yang berhak untuk berkata-lebih baik xpakai tudung kalau sexy mexy..xterfikir ker, kalaulah
even ada seorang pon yang membuka tudungnya disebabkan kata2 cenggitu,siapa yang akan dipertanggungjawabkan untuk tanggung dosa tu? kau nak?orang dah bertudung, dia dah jalankan satu kewajipan dia,dan untuk bahagian2 lain,tegur dgn baik,hantarkan doa dan bagi ruang untuk orang seperti aku sendiri,dan mereka2 memperbetulkan diri. :)